Thursday, January 31, 2019

PENGENALAN KUMPULAN

PENGENALAN





Kami adalah kumpulan pensyarah dari Unit Kimia yang terdiri daripada
Barisan kiri: Normaishara binti Mohamad Shariff (hadapan), Ainul Ezatul Farah binti Mohd Taha (belakang)
Barisan kanan: Zawiah binti Marsah (hadapan), Chia Chew Ping (belakang)

Kami merupakan pensyarah kimia yang sentiasa beriltizam untuk menambahbaikan teknik PdPc supaya lebih kreatif dan berinovatif demi anak bangsa dan negara.

KATEGORI DAN TAJUK PENGENALAN

KATEGORI: Amalan PdP berkaitan Produk
TAJUK: 3GO WHEEL KIT:IDENTIFYING THE PRODUCT OF ALKENE REACTION 

ABSTRAK
3 Go Wheel Kit diilhamkan daripada permasalahan yang wujud semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi topik alkena. Kesukaran pelajar mengenalpasti produk akhir bagi tindakbalas penambahan, pengoksidaan dan penghasilan alkena mencetuskan idea dalam merekabentuk alat bantu mengajar yang dapat memudahkan pelajar dalam mengenalpasti produk akhir bagi tindakbalas penambahan dan pengoksidaan alkena. Aktiviti yang dirangka selama 1 jam merangkumi Ujian 1, demostrasi oleh pensyarah, perbincangan berkumpulan, aktiviti hands – on, kesimpulan, Ujian 2 dan Ujian 3 (Kuiz Dalam Talian) dijalankan ke atas pelajar Sains Modul I, II dan III. Aktiviti sangat bersesuaian bagi Modul I dan II tetapi terdapat pengubahsuaian aktiviti bagi Modul III disebabkan oleh tahap pemahaman yang rendah.  Hasil dapatan mendapati peratus peningkatan tertinggi adalah bagi Modul III (56.15%) diikuti Modul I (30.4%) dan Modul II (3.1).  Ujian 3 menunjukkan skor purata sebanyak 86%. Ini menunjukkan bahawa 3 Go Wheel Kit dapat membantu pelajar menguasai topik tindak balas alkena dengan lebih baik.

OBJEKTIF
Go Wheel Kits ini dipilih dan direkabentuk supaya :
  1.  Pensyarah dapat mewujudkan kelas yang lebih interaktif dan kreatif, memupuk sifat kerjasama didalam kumpulan dan memupuk pemikiran kritis.
  2.  Pengajaran pensyarah lebih berfokus kepada mengenalpasti produk akhir bagi tindakbalas     alkena.
  3.  Pelajar akan lebih seronok dan faham isi kandungan pengajaran dengan petunjuk dari   pensyarah semasa kelas.

        KUMPULAN SASARAN
        Kumpulan sasaran terdiri daripada Pelajar PST Modul I, II dan III



PRE/SEBELUM INOVASI



Penyataan Masalah
80% pelajar Modul 1, 2 and 3 tidak dapat menentukan produk akhir bagi tindakbalas penambahan dan pengoksidaan alkena.

Refleksi Masalah
 Melalui PdP yang sedia ada untuk pensyarah dan pelajar
 1. Pelajar
a)  Ujian 1 - Pelajar tidak dapat menentukan produk akhir bagi tindak balals
b) Temubual 

  • Tidak tahu apa produk akhir yang terhasil
  • Banyak sangat tindak balas kimia yang perlu diingat
  • Tidak tahu kaedah yang sesuai untuk mempelajari tindakbalas alkene
  • Saya tidak suka Kimia Organik sebab tiada kira-kira
  • Banyak kali belajar pun masih tidak faham
  • Susah nak hafal
2. Pensyarah

   Pensyarah juga menghadapi kekangan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya     adalah : 
  • Pensyarah tiada bahan bantu mengajar yang bersesuaian untuk mengajar tindak balas alkene
  • Pensyarah masih menggunkan kaedah konvensional yang amat membosankan
  • Pensyarah kurang mengenalpasti kelemahan dan kekuatan pelajar
  • Kekangan masa kerana perlu menghabiskan silibus mengikut kalender akademik yang ditetapkan.

      

PELAKSANAAN INOVASI

Tarikh: 
Sepanjang Semester 2 sesi 2017/2018

Masa Pelaksanaan: 

Waktu Tutorial


3 Go Wheel Kit: 

3 Go Wheel Kit terdiri daripada 3 lapisan,

     
   Dengan menggunakan 3 Go Wheel KIT, pelajar mengenal pasti atom – atom yang ditambah kepada karbon – karbon ikatan ganda dua dan seterusnya mengenal pasti reagen yang digunakan untuk tindak balas tersebut. Walau bagaimanapun, tips mudah untuk penambahan atom – atom seperti berikut:

Susun keutamaan dalam penambahan atom: H , X, OH




Contoh Penggunaan  3 Go Wheel Kit
Jika soalan adalah tindakbalas dari alkena kepada haloalkana seperti QUESTION 1, maka cara pelajar menggunakan KIT ini adalah seperti berikut:





Cara Pelaksanaan:
















Demonstrasi oleh pensyarah (selama 5 minit) 


  1. Pensyarah membahagikan pelajar kepada 4 kumpulan kecil mengikut tahap pencapaian pelajar.
  2. Setiap kumpulan perlu diwakili oleh pelajar lemah, pelajar sederhana dan pelajar pandai. Digalakkan setiap kumpulan, maksimum pelajar hanya 4 orang sahaja supaya aktiviti boleh dilaksanakan dengan lebih efektif.
  3. Setiap kumpulan akan dibekalkan satu set 3 Go Wheel Kit dan sekeping papan putih.
  4. Pensyarah menunjukkan cara menyelaras atom – atom yang ditambah kepada karbon – karbon ikatan ganda dua dengan menggunakan kit pensyarah di papan putih.
  5. Pensyarah mengaitkan atom – atom yang dipilih dengan tindak balas kimia yang berkaitan.
  6. Langkah 3 dan 4 diulang semula untuk tindak balas kimia Alkena yang lain

Perbincangan dan aktiviti pelajar:


  1. Terdapat 5 set soalan yang disediakan
  2. Setiap kumpulan diberikan set soalan 1 hingga 5
  3. Berdasarkan set soalan yang diberi, pelajar membuat perbincangan bersama ahli kumpulan  dan menulis  jawapan tindak balas kimia dalam bentuk cabangan. Pelajar mendapatkan idea jawapan daripada  set 3 Go Wheel KIT yang dibekalkan.
Contoh soalan:

Aktiviti Hands – On Berbentuk Pertandingan (15 minit)
  1.  Pensyarah melaksanakan aktiviti untuk menguji tahap kefahaman pelajar selepas menggunakan 3 Go Wheel KIT

Kesimpulan daripada aktiviti (5 minit)
  1. Soal selidik diberikan kepada pelajar untuk mendapatkan maklum balas tentang  set 3 Go Wheel KIT untuk tujuan penambahbaikan



POS/SELEPAS INOVASI

Keputusan:

Jadual 1: Perbandinagn  Keputusan Ujian  Yang Dijalankan bagi Modul 1,  
                  Modul 2 dan Modul

  • Didapati, semua modul menunjukkan peratusan peningkatan sebanyak 30.4% bagi Modul 1, 3.1% bagi Modul 2 dan 56.15% bagi Modul 3. 
  • Oleh kerana Modul 3 menunjukkan peratusan tertinggi berbanding modul yang lain 
  • dapat dirumuskan bahawa penggunaan 3 Go Wheel Kit ini sesuai untuk semua modul tetapi sangat berkesan kepada Modul 3 kerana kit ini mudah difahami dan menyeronokkan. 
  • Selain itu, ia dapat membantu pelajar yang mempunyai pemahaman yang lemah dalam kimia organik dan dijadikan latihan pengukuhan kepada pelajar berdaya pemahaman sederhana dan tinggi.
Rajah 1: Hasil Dapatan Ujian 3, Online Quiz
  • Seramai 53 pelajar menjawab kuiz ini, daripada hasil dapatan, pencapaian skor  min mencatat 86%, ini bermakna  kebanyakan pelajar mampu menjawab kuiz online setelah 3 Go Wheel dilaksanakan.

Kekuatan



Secara keseluruhan, setelah menggunakan kaedah 3Go Wheel Kit, prestasi pelajar Modul I, II dan III menunjukkan peningkatan yang positif