Thursday, January 31, 2019

KATEGORI DAN TAJUK PENGENALAN

KATEGORI: Amalan PdP berkaitan Produk
TAJUK: 3GO WHEEL KIT:IDENTIFYING THE PRODUCT OF ALKENE REACTION 

ABSTRAK
3 Go Wheel Kit diilhamkan daripada permasalahan yang wujud semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi topik alkena. Kesukaran pelajar mengenalpasti produk akhir bagi tindakbalas penambahan, pengoksidaan dan penghasilan alkena mencetuskan idea dalam merekabentuk alat bantu mengajar yang dapat memudahkan pelajar dalam mengenalpasti produk akhir bagi tindakbalas penambahan dan pengoksidaan alkena. Aktiviti yang dirangka selama 1 jam merangkumi Ujian 1, demostrasi oleh pensyarah, perbincangan berkumpulan, aktiviti hands – on, kesimpulan, Ujian 2 dan Ujian 3 (Kuiz Dalam Talian) dijalankan ke atas pelajar Sains Modul I, II dan III. Aktiviti sangat bersesuaian bagi Modul I dan II tetapi terdapat pengubahsuaian aktiviti bagi Modul III disebabkan oleh tahap pemahaman yang rendah.  Hasil dapatan mendapati peratus peningkatan tertinggi adalah bagi Modul III (56.15%) diikuti Modul I (30.4%) dan Modul II (3.1).  Ujian 3 menunjukkan skor purata sebanyak 86%. Ini menunjukkan bahawa 3 Go Wheel Kit dapat membantu pelajar menguasai topik tindak balas alkena dengan lebih baik.

OBJEKTIF
Go Wheel Kits ini dipilih dan direkabentuk supaya :
  1.  Pensyarah dapat mewujudkan kelas yang lebih interaktif dan kreatif, memupuk sifat kerjasama didalam kumpulan dan memupuk pemikiran kritis.
  2.  Pengajaran pensyarah lebih berfokus kepada mengenalpasti produk akhir bagi tindakbalas     alkena.
  3.  Pelajar akan lebih seronok dan faham isi kandungan pengajaran dengan petunjuk dari   pensyarah semasa kelas.

        KUMPULAN SASARAN
        Kumpulan sasaran terdiri daripada Pelajar PST Modul I, II dan III



No comments:

Post a Comment